Emma KZaman: Risiko Besar Simpan Wang kertas

Pages

Assalamualaikum

4 Jan 2016

Risiko Besar Simpan Wang kertas

Assalamualaikum...

Risiko Besar simpan wang kertas??? oh tidak!!!


    Duit kertas yang kita pakai hari ini asalnya adalah VOUCHER mewakili emas. Tapi semenjak perjanjian Bretton Wood ditamatkan pada 1971 oleh Presiden US Richard Nixon, duit kertas tak ada kaitan lagi dengan emas...

   Amerika dengan secara rasminya putuskan hubungan antara emas dan duit kertas US Dollar. Jadi kalau berlaku apa-apa yang menjejaskan kestabilan ekonomi negara atau dunia, penyimpanan duit kertas akan lingkup dulu...


 Meyh kita kaji balik apa berlaku masa krisis kewangan Asia tahun 1997.. hah masa ni Emma baru darjah  3.. So memang tak tau pape lah pasal krisis kewangan nihh.. hehe.. ok takde kena mengena dengan tajuk entry.. kita sambung balik, ok pada tahun 1997 ni, Ringgit Malaysia jatuh 50% hanya dalam tempoh beberapa bulan.. Daripada RM 2.50 untuk USD 1 kepada RM4.70!

  Yes, memang betul duit yang kita simpan dalam bank nombornya kekal, tapi kuasa belinya dah hilang separuh... Orang luar boleh beli kekayaan negara kita dengan separuh harga jer masa tu...Exchange rate RM US sebelum gawat 1997 Ringgit Malaysia sekitar RM 2.50 USD 1 sebelum krisis kewangan... Exchange rate RM US selepas gawat 1997 Ringgit Malaysia pernah tersungkur hingga RM4.70 untuk USD 1 ketika gawat 1997...
Nombor tetap kekal walaupun kuasa beli telah hilang separuh darinya..

    Hah, tapi pada sesiapa yang simpan emas pada masa ini amat untung sangat sebabnya kekayaan mereka tidak terjejas pun kalau berlaku ketidakstabilan yang begitu... Sebabnya Ringgit jatuh, Harga emas naik.. Kalau US Dollar jatuh sekali pun, emas tetap naik...

 Selepas tahun 1997 barulah Tun Dr Mahathir sedar sistem duit kertas sangat tidak adil dan manyarankan  DINAR EMAS sebagai alat tukaran dagangan antarabangsa... Pada tahun 2000, bank negara telah keluarkan syiling emas pertama negara yang dinamakan "Kijang Emas"
Syiling Emas yang telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia


Jadi nak simpan  Duit kertas ??? Atau nak tukar kepada simpanan emas??? Terpulanglah pada uolss.. Buat pilihan yang bijak tau demi menjamin masa depan kita, anak-anak, cucu-cucu,cicit-cicit pada era yang semakin mencabar ini...

                                                            bye....

3 comments:

  1. ada lagi ke orang simpan duit kertas agaknya yer :)

    ReplyDelete
  2. Wallahuallam zie...ttp kbykkannya masih ramai yg mympan duit..terpulang pd masing2.ttp mympan duit sbnrnye kita bykkan guna kearah perbelanjaan..smkn byk duit yg kita simpan smkn bykla kita nak berbelnja...pd emma,emma lebih suka simpan emas...😊jd sekurang2 nye duit yg emma dpt tu nmpk dgn sesuatu yg bernilai☺

    ReplyDelete
  3. Sedihnya tak tahu pasal voucher duit dengan emas tu.. Ingatkan sampai sekarang ada lagi.. Always wondering dekat mana gov simpan emas tu so basically memang tak ada la ya.. Nice info sis!

    ReplyDelete

Emma KZaman Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign